1. KAYANGAN (Rock Version) - Ajai duet bersama Tunku Mimi   Lirik lagu::Klip Musik Video
  2. CARA YANG BERBEZA - Siti Sarah   Lirik lagu::Klip Musik Video
  3. GEMBIRA HIDUP INI - Farah   Lirik lagu::Klip Musik Video
  4. MENANTI PASTI - Siti Nurhaliza   Lirik lagu::Klip Musik Video
  5. PERLUKAH - Zahid feat. Shazzy   Lirik lagu::Klip Musik Video
  6. REDUPAN KAYANGAN - Ajai   Lirik lagu::Klip Musik Video
  7. SABARLAH - S.A.B. (Sad Angry Babies)   Lirik lagu::Klip Musik Video
  8. UNGKAPAN TERINDAH - Ning Baizura   Lirik lagu::Klip Musik Video
  9. KUASA CINTAMU - Syed Azmir   Lirik lagu::Klip Musik Video
  10. TERAKHIR - S.A.B. (Sad Angry Babies)   Lirik lagu::Klip Musik Video
  11. KAYANGAN (Strings version) - Ajai duet bersama Tunku Mimi   Lirik lagu::Klip Musik Video
Audioclip Player

 

Bersempena dengan pelancaran filem kami, Kayangan, di pawagam-pawagam sekitar tanahair bermula 9 Ogos 2007 ini, Raden Pictures Sdn. Bhd. telahpun menerbitkan sebuah album runut bunyi, yang diberi nama “Kayangan The Soundtrack”.

Sentuhan komposer tersohor tanahair, Ajai ternyata memberikan Kayangan The Soundtrack 11 buah lagu yang bakal menjadi siulan dan pilihan para pendengar radio dan juga pencinta muzik. Lagu-lagu ini di dendangkan oleh artis-artis popular tanahair seperti Ajai, Datuk Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Siti Sarah, Farah dan ramai lagi.

Lagu tema filem “Kayangan”, yang juga berjudul “Kayangan” dipersembahkan oleh Ajai dan Y.M. Tunku Dato’ Seri Mimi Wahida Wahman, penerbit filem ini. Dua versi berbeza terdapat di dalam album runut bunyi ini, di mana versi pertama berirama rock manakala versi kedua menjurus kepada irama orkestra. Ini merupakan kemunculan pertama Tunku Mimi sebagai penyanyi.

Melalui lagu “Menanti Pasti”, Datuk Siti Nurhaliza meminjamkan suara merdunya untuk menjayakan lagu yang berirama waltz ini. Siti Sarah pula menunjukkan versatilitinya melalui lagu “Cara Yang Berbeza”, manakala Ning Baizura bakal mengejutkan pencinta muzik tanahair dengan lagunya “Ungkapan Terindah”, di mana mutu dan kelainan vokalnya tidak pernah lagi di dengari sebelum ini.

Farah AF membawa sebuah lagu berirama rock yang diberi tajuk “Gembira Hidup Ini”, yang pastinya akan menghiburkan pendengar. Zahid AF dan Shazzy bergabung tenaga dan keunikan mereka melalui lagu “Perlukah”, di mana irama R&B dan hip-hop menjadi satu. Syed Azmir, penyanyi yang sedang mencipta nama masakini di Malaysia mempersembahkan lagu “Kuasa Cinta”. Akhir sekali, kumpulan Sad Angry Babies menyanyikan dua buah lagu bertajuk “Sabarlah” dan “Terakhir” buat album Soundtrack ini.

Sentiasalah bersama kami di laman web kami di mana anda bakal mendengar sedutan lagu-lagu dari album Kayangan The Soundtrack.

Dapatkan “Kayangan The Soundtrack” di pasaran sekarang, di kedai-kedai musik terkemuka!

Akan datang tidak lama lagi, muat turun eksklusif untuk telefon bimbit, di ambil dari sedutan filem Kayangan.

© Copyright 2007 Raden Pictures Sdn Bhd (682775-V)